SELAMAT DATANG

Sedara/sedari di jemput untuk menambah ilmu pengetahuan tentang ilmu kepenggunaan air.

Wednesday, May 26, 2010

malaysia oh malaysia

Dah 2 hari x conteng kat blog. sibuk tulis surat untuk PM. manalah tau, ada rezeki: tuah manusia sape tau. dh banyak pmerhatian sebenarnya tentang peluang pasaran.. antara mahu teruskan atau x je.. papepun Bioaura byk bantu utk teruskan langkah ke hadapan. terima kasih kepada member yg banyak bg pendapat.



Sekarang ni kalau kita perasan, kualiti air kat malaysia ni boleh lah di anggap merbahaya. bukannya salah kerajaan ke atau syarikat2 bekalan air kat malaysia ni, tp sebenarnya dari kita sendiri. aspek penjagaan terutama pada saluran2 paip & tangki kat rumah masing. paling kurang setiap 5 tahun memang kena tukar sistem pempaipan kat umah, tp ada ke sebilangan kita yg buat.. bukan ape, kosnye tu sape nk tanggung ye tak..? ni contoh paip kalo dah bertahun2 x tukar...

eeeee... takut...!!! tanpa sedar kan..? kalo dah berpuluh tahun tu camne la agaknye ye.. anak2 cucu kita gak yg dapat.. nasib baik ada bioaura. =)






Monday, May 24, 2010

CICAK VS MAN

SERONOK.. dapat berjumpa dengan semua orang. Baru tadi sempat berborak dengan sorg taukeh mesin air jenama (xxx). Dia punya excited cerita pasal air memang saya kagumi. ada yang fakta betul sangat, & ada gak yg sy x berapa setuju dalam hati. Paling kurang pun, dapat gak sikit ilmu.. nama dia Chin, terer bcakap.. dia kongsi la sket pasal penapis air ni.. "itu lumah aaa, misti ala 2 filter tau kalo mau bersih punya air.." dia cakap "satu letak luar... kasi satu letak lalam lumah." "pasat itu air munya filter balu lingan sikit kelija.. ada betul ka.?" saya angguk setuju. "lagi aaa, lalam munya lumah ala tangki, sapa gelenti itu tangki ala bersih..?" "cicak pun ala woo..bukan 1, tapi 20.." sambil tunjuk 2 jari. huhu, boleh tahan tokey ni.
tp betul gak, kalo di pikir kan balik... kat luar rumah memang dah selamat dah kalo ada filter, tp boleh jadi x berapa selamat kalau xde backup lg satu dalam rumah. itu, kalo cicak yang kat tangki... kalo menatang lain.. huu, xtau lah.. dalam setahun bukan selalu kita pi check or cuci. kadang2 x jengah pun.. apatah lg cuci.. satu lagi tokey tu cakap... paip kat dalam rumah tu yang x berapa selamat.. penuh karat kalau dh lama x tukar paip baru.. tu yang kena ada 2 filter tu... erm... betul gak.. ringan gak beban yang satu lagi tu kan... yang pertama dah counter abis...
Papepun walau cite air sakan td... saya banyak dengar je.. & angguk setuju. haaa.. hasilnya: teh ais percuma, dia bayar.. hahaha.. lagi cerita nnti k.

Sunday, May 23, 2010

Mendalami Ilmu Air

Air sangat sinonim dengan pkembangan hidup kita. di dunia ini, ramai yang telah mengkaji tentang pelbagai jenis air. sehinggakan menimbulkan perselisihan faham, dan ada yg sampai berbalah mempertahankan fakta-fakta air yang telah di kaji. ada yang kata mineral lebih baik, & ada juga yang kata air yang di proses lebih baik. bahkan keunikan & kebaikan air zam2 juga ada yang mempersoalkan. buku-buku dan risalah juga banyak terdapat di pasaran, so kita boleh memilih mana yang lebih beri manfaat pd isi kandungannya.

tak kisah lah macamana kisahnya tentang air ini, yang penting sedikit sebanyak kita kena tahu tentang air di sekeliling kita. sebabnya, ia berkait rapat dengan tahap kesihatan tubuh badan kita. tentu semua bersetuju kalo saya kata badan kita memang memerlukan air yang berkualiti. sebab itu, ada bermacam-macam kaedah untuk merawat air atau sistem membaik pulih air. jika nk bincang kan tahap pencemaran air, memang dah diakui.. kadang2 sampai tahap 'sangat teruk' yang ini semua disumbangkan oleh manusia sendiri.
buktinye..? tgk nie..







itu belum lagi kecuaian pihak kilang..






sekarang ni, tahap kebersihan sungai di negara kita memang kritikal. sikap manusia sendiri yang tidak ambil peduli dan tak endah dengan ekosistem dan menjaga kebersihan. perkembangan ini menjadi lebih parah dengan kepesatan negara yang membangun. jadi tidak hairan, bumi ini tidak sanggup lagi menerima kerosakan yang telah manusia buat sehingga terjadinya bencana bencana yang tidak di ingini. bahkan pada peringkat sekarang, kita juga mengalamai krisis air yang sangat teruk. pihak kerajaan sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini, tapi terpaksa meminimumkan kos. jadi apa padahnya...?

Hi-Tech Water System


Dikenali sebagai...
BIOAURA HI-TECH WATER SYSTEM
dengan Teknologi Nano

Kisah Air

Tahukah anda lebih daripada 70% sebahagian dari tubuh badan kita terdiri daripada air. Air dapat membantu melancarkan sistem dalam badan kita dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Cuba bayangkan kalo tubuh kita takdo air.... macam kete xde minyak, ape jadi..? kalo kete kira ok lagi, sebab kalo enjin mati bila isi minyak boleh jalan balik, tp manusia kalo mati tanpa air, dh xde guna dah walopun air dh depan mata.. camne nk minum air kalo dah mati. huhu... tu sebab kita xleh pandah rendah keutamaan air dalam seharian hidup kita. 3 minggu tanpa makan, manusia boleh hidup lg, tapi 2 minggu tanpa minum air... x sempat dh jumpa minggu ke-3. kalo sempat pun, kena siram air Yasin je kat kubur. aduyai..

haa.. tu cerita cerita sikit pasal air. seronok kalo bincang bincang pasal air nih.. nak nak lagi bincang bincang sambil minum air. air sirap pulak tu.. tambah dengan ais.. peh! semalam adik ipar saya buat air tembikai. manis gila tembikainye, kena tambah air gak tu...

ok sambung balik cite air.. air ni bukan saja utk tubuh badan, tp jua untuk kegunaan seharian. maksudnya, kira macam buang air je la.. contoh: membasuh.., membasuh.., dan membasuh. aik, nape sume membasuh je. yela, hampir sume aktiviti manusia yang menggunakan air digunakan untuk MEMBASUH. sebab sekeliling kita ni sentiasa ada kotor. tu la.. kita kena bersyukur kat Tuhan sebab anugerahkan kita air, dengan air kita boleh minum utk tubuh badan, dengan air jugak kita boleh elakkan/hilangkan daripada segala kekotoran. Air sahaja bukan untuk kita sebagai manusia, tetapi untuk seemmmua hidupan termasuk tumbuhan dan haiwan. Syukur Alhamdulillah...