SELAMAT DATANG

Sedara/sedari di jemput untuk menambah ilmu pengetahuan tentang ilmu kepenggunaan air.

Sunday, May 23, 2010

Kisah Air

Tahukah anda lebih daripada 70% sebahagian dari tubuh badan kita terdiri daripada air. Air dapat membantu melancarkan sistem dalam badan kita dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Cuba bayangkan kalo tubuh kita takdo air.... macam kete xde minyak, ape jadi..? kalo kete kira ok lagi, sebab kalo enjin mati bila isi minyak boleh jalan balik, tp manusia kalo mati tanpa air, dh xde guna dah walopun air dh depan mata.. camne nk minum air kalo dah mati. huhu... tu sebab kita xleh pandah rendah keutamaan air dalam seharian hidup kita. 3 minggu tanpa makan, manusia boleh hidup lg, tapi 2 minggu tanpa minum air... x sempat dh jumpa minggu ke-3. kalo sempat pun, kena siram air Yasin je kat kubur. aduyai..

haa.. tu cerita cerita sikit pasal air. seronok kalo bincang bincang pasal air nih.. nak nak lagi bincang bincang sambil minum air. air sirap pulak tu.. tambah dengan ais.. peh! semalam adik ipar saya buat air tembikai. manis gila tembikainye, kena tambah air gak tu...

ok sambung balik cite air.. air ni bukan saja utk tubuh badan, tp jua untuk kegunaan seharian. maksudnya, kira macam buang air je la.. contoh: membasuh.., membasuh.., dan membasuh. aik, nape sume membasuh je. yela, hampir sume aktiviti manusia yang menggunakan air digunakan untuk MEMBASUH. sebab sekeliling kita ni sentiasa ada kotor. tu la.. kita kena bersyukur kat Tuhan sebab anugerahkan kita air, dengan air kita boleh minum utk tubuh badan, dengan air jugak kita boleh elakkan/hilangkan daripada segala kekotoran. Air sahaja bukan untuk kita sebagai manusia, tetapi untuk seemmmua hidupan termasuk tumbuhan dan haiwan. Syukur Alhamdulillah...


No comments:

Post a Comment